Sunday, 31 May 2015
TERIMAKASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN MAJLIS SILAT UKHUWAH 30.5.2015
TAHNIAH DAN TERIMAKASIH YANG MENJAYAKAN PROGRAM UKHUWAH PERSILATAN PERSAUDARAAN CAHAYA DLIMA PADA 30.5.2015 DI PERKAMPUNGAN HANG TUAH DI DUYONG MELAKA
TERIMAKASIH JUGA KEPADA YB SENATOR TAN SRI MOHD ALI RUSTAM PRESIDEN PESAKA YANG SUDI HADIR MERASMIKAN MAJLIS KAMI..
TAHNIAH DAN SYABAS SEMUA
(1) Jemaah Metafizik Energy Alam @ Eddyrosyadi 0166249660 (2) Warok Singa Barong @ Ayahanda Jamil Hussin 0137017109 (3) Pss Lingkaran Karet @ Guru Haniff 01112260839 (4) Warisan UTAG @ Mohd Farhan / Mohd Asyraf 0137957085 (5) Pss Cekak Malaysia Caw Melaka Aizuddin 01132137408 (6) Pss Hulubalang Melaka @ Mohd Nur Ikhwan 01111222411 (7) Pss Kunci Melayu Melaka @ Baharudin Bachiek 0136278278 (8) Pss Sendeng 7 Alam @ Buniran Omar 0137179657 (9) Seni Silat Gerak Lincah Nur Fateh Sumur 7 Karakatoa Nusantara @ Panji Wali 0176294290 (10) Pss Makrifatubillah Alif Naga Singa @ 0177391997 (11) Seni Silat Cekak Langkah Tiga @ Yusri Yunos 0122151287 (12) Pss Seligi Tunggal @ Zamrabie Sujaie 0137050989 (13) Pss Pendekar Silang NorAmran Nazeri 0197142372 (14) Pss Kota Sendeng @ Suhaizan Noh 0176876799
Tuesday, 26 May 2015
MAJLIS PENGUKUH UKHUWAH SILATURRAHIM PERPADUAN PERSAHABATAN PERSAUDARAAN CAHAYA D'LIMA BULAN BINTANG DAN MATAHARI
Semua Pesilat dan peminat silat dijemput hadir
- Timbalan Exco Belia dan Warisan Melaka
- Pengurus Besar Perzim Melaka
- : Pameran wajadiri
- Pameran Keris dan senjata Melayu
- Berbusana pakaian Melayu
- Jualan barang barang / peralatan silat
- Taklimat Seni Silat Melayu
- Pameran seni silat Melayu
Sunday, 9 February 2014
IKHLAS
"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui
di sepanjang jalan.
"Cukup?" tanya anak muridnya.
"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar, melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.
"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"
"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"
"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni
yang kelihatan berat itu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
kata seseorang yang lain.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.
Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang meberisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"
"Tak buat apa-apa"
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,"Balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."
"Ikhlas?"si murid kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya
seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.
Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi
hanya batu-batu."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."
"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!"
Ujar si murid.
PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian.
Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.
Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat"
# Jika anda IKHLAS membaca kisah ini , share lah kpd sahabat2 dgn IKHLAS . InsyaAllah dapat pahala dari ALLAH SWT .
Sunday, 1 December 2013
TANDA TERIMAKASIH DAN SALAM PERJUANGAN
Menerima penghargaan dan terimakasih daripada sahabat seperjuangan dari Asahan Melaka..
Terimakasih kepada semua













