SELAMAT DATANG KE WEBLOGS PERSAUDARAAN CAHAYA D'LIMA

Sunday 31 May 2015

TERIMAKASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN MAJLIS SILAT UKHUWAH 30.5.2015

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

TAHNIAH DAN TERIMAKASIH YANG MENJAYAKAN PROGRAM UKHUWAH PERSILATAN PERSAUDARAAN CAHAYA DLIMA PADA 30.5.2015 DI PERKAMPUNGAN HANG TUAH DI DUYONG MELAKA

TERIMAKASIH JUGA KEPADA YB SENATOR TAN SRI MOHD ALI RUSTAM PRESIDEN PESAKA YANG SUDI HADIR MERASMIKAN MAJLIS KAMI..

TAHNIAH DAN SYABAS SEMUA


(1) Jemaah Metafizik Energy Alam @ Eddyrosyadi 0166249660 (2) Warok Singa Barong @ Ayahanda Jamil Hussin 0137017109 (3) Pss Lingkaran Karet @ Guru Haniff 01112260839 (4) Warisan UTAG @ Mohd Farhan / Mohd Asyraf 0137957085 (5) Pss Cekak Malaysia Caw Melaka Aizuddin 01132137408 (6) Pss Hulubalang Melaka @ Mohd Nur Ikhwan 01111222411 (7) Pss Kunci Melayu Melaka @ Baharudin Bachiek 0136278278 (8) Pss Sendeng 7 Alam @ Buniran Omar 0137179657 (9) Seni Silat Gerak Lincah Nur Fateh Sumur 7 Karakatoa Nusantara @ Panji Wali 0176294290 (10) Pss Makrifatubillah Alif Naga Singa @ 0177391997 (11) Seni Silat Cekak Langkah Tiga @ Yusri Yunos 0122151287 (12) Pss Seligi Tunggal @ Zamrabie Sujaie 0137050989 (13) Pss Pendekar Silang NorAmran Nazeri 0197142372 (14) Pss Kota Sendeng @ Suhaizan Noh 0176876799














Tuesday 26 May 2015

PAK SYEIKH MAHARANI DAN PROGRAM PERSILATAN






MAJLIS PENGUKUH UKHUWAH SILATURRAHIM PERPADUAN PERSAHABATAN PERSAUDARAAN CAHAYA D'LIMA BULAN BINTANG DAN MATAHARI


MAJLIS PENGUKUH UKHUWAH SILATURRAHIM PERPADUAN PERSAHABATAN PERSAUDARAAN CAHAYA D'LIMA BULAN BINTANG DAN MATAHARI

ANJURAN
PERSAUDARAAN CAHAYA D’LIMA SYEIKH MAHARANI ABDULLAH SANI KIYAI HAJI HASHIM

KERJASAMA
PERZIM , MELAKA

TARIKH
30 MEI 2015 (SABTU)

LOKASI
GELANGGANG SILAT RUMAH HANG TUAH
PERKAMPUNGAN HANG TUAH
DUYONG MELAKA


MAJLIS SILATURRAHIM
PERSAUDARAAN CAHAYA D’LIMA
BULAN BINTANG MATAHARI

A. Pendahuluan

Wajadiri adalah wadah penyatuan bangsa.Wajadiri adalah medium untuk melatih para pengamalnya menjadi lebih berkeyakinan dan berdisplin malah mampu mendidik akhlak mulia.Dari situ kita sedari bahawa wajadiri boleh membina Jatidiri yang kental dan bermaruah.

Takkan Melayu Hilang Di Dunia adalah kalimah keramat yang diwarisi oleh bangsa Melayu dari pahlawan ulung mereka iaitu Laksamana Hang Tuah. Sebagaimana yang kita tahu Laksamana Hang Tuan adalah pengamal pencak silat yang hebat dari segi ilmu zahir dan ilmu kebatinan. Hang Tuah juga adalah symbol kehebatan empayar agung Melaka yang mampu menakluk seluruh kepulauan Nusantara.Sejarah ini telah membuktikan bangsa Melayu adalah bangsa yang gemilang dan mampu mengubah mencorakkan peta dunia.

Namun apa yang berlaku hari ini? Ramai dikalangan anak bangsa kita yang kian melupakan sejarah dan ada juga yang tidak berminat dengan sejarah. Kesannya , mereka tidak tahu dan tidak faham apakah pencapaian bangsa mereka sendiri. Mereka tidak sedar bahawa kemerdekaan kita adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO kita dahulu tanpa menumpahkan setitik darah pun.Mereka pura-pura tidak berminat dengan politik namun pada yang sama mereka mereka telah menggunakan politik untuk mencurahkan segala ketidakpuashatian mereka. Hasilnya mereka tidak tahu kesannya pada masa akan datang , dan kini kini menghadapi konflik politik yang harus ditangani dengan bijaksana oleh pemimpin kita.

Gendang sudah palu , gong sudah bersahutan , gelanggang sudah dibuka , pencak sudah ditari , mentera keramat sudah dikamitkan , nah ! mari kita bersatu menentang petualang bangsa , patahkan gunting dalam lipatan , Melayu mesti bersatu , demi Agama Islam yang dijunjung , demi adat yang dikelek , demi tanahair yang dipijak.Ayuhlah bangsa ku.


B. ANJURAN

PERSAUDARAAN CAHAYA D’LIMA BULAN BINTANG MATAHARI
SYEIKH MAHARANI ABDULLAH SANI KIYAI HAJI HASHIM

BERSAMA

PERZIM , MELAKA
PERKAMPUNGAN HANG TUAH MELAKA

C. TARIKH / MASA / TEMPAT

1. Tarikh : 30 Mei 2015 (Sabtu)
2. Masa : 11.00 pagi – 5.00 petang
3. Lokasi : Gelanggang Silat Hang Tuah , Perkampungan Hang Tuah , Melaka

D. PESERTA

Semua Pesilat dan peminat silat dijemput hadir

E. MOTTO

Waja Diri Membina Jati Diri Bangsa Bermaruah

F. JAWATANKUASA KERJA PROGRAM

Penaung : YB Datuk Hajah Norpipah binti Abdol
  • Timbalan Exco Belia dan Warisan Melaka
Penasihat : Datuk Haji Khamis bin Haji Abas
  • Pengurus Besar Perzim Melaka
Pengerusi : Syeikh Maulana Abdullah Sani bin Kiyai Haji Hashim


G. TENTATIF PROGRAM

  1. : Pameran wajadiri
: Pendaftaran peserta
11.00 : Jamuan
2.00 : Majlis perasmian
2.30 : Majlis Penyampaian Cenderamata
2.45 : Pembukaan Gelanggan dan Demonterasi Pencak Silat bermula
3.00 : Acara silat bermula
5.00 : Bersurai


ACARA-ACARA LAIN

  1. Pameran Keris dan senjata Melayu
  2. Berbusana pakaian Melayu
  3. Jualan barang barang / peralatan silat
  4. Taklimat Seni Silat Melayu
  5. Pameran seni silat Melayu

I. PENUTUP

Adalah besar harapan dan cita-cita kami agar program ini mendapat sokongan dan sumbangan dari semua pihak.Sesungguhnya ini hanyalah satu permulaan untuk satu matlamat yang besar untuk membina jati diri dalam jiwa bangsa Merdeka. Kita bukan lagi bersemangat perkauman atau mementingkan sesuatu bangsa , tetapi kita ingin menyampaikan mesej perpaduan dan keamanan di negara berdaulat ini. Selepas ini akan dirancang program-program kerakyatan dan pembinaan akhlak juga semangat berpolitik untuk memacu kuasa rakyat lebih terarah dan tersusun tanpa mengikut emosi amarah yang merugikan bangsa dan Negara.

BERJUANG UNTUK AGAMA , BANGSA DAN NEGARA
WAJADIRI MEMBINA JATI DIRI BANGSA BERMARUAH

DISEDIAKAN OLEH :


(SUHAIZAN BIN HAJI NOH BKT,PJK,PBB )
Setiausaha Program
Pengukuh Ukhuwah Silaturrahim Perpaduan Persahabatan
Persaudaraan Cahaya D’Lima Bulan Bintang dan Matahari

Tel : 017-6876799